Pengikut Setiaku, Thanks

Tuesday, June 7, 2011

Tiada Yang Mustahil

     Tiada yang mustahil dalam kehidupan kita ini. Teringat pada kenangan dahulu kala. sewaktu di sekolah, "Cikgu bertanya tentang CITA-CITA"..Cita-cita saya ingin menjadi seorang Askar kerana cabaran dalam askar untuk memperjuangkan Bangsa, Agama dan Negara. Tetapi bila dewasa, apa sudah jadi?Kerja tetap kerja tetapi kemana hilang cita-cita kamu?Askar, Polis, Cikgu?Tiada yang mustahil bila pemikiran berubah.

     Tiada yang mustahil dalam kehidupan seharian sekarang, ingin berubah setiap masa. Mahukan kehidupan yang lebih ke arah selesa tetapi apa tindakan dari sekarang?adakah menunggu suatu keajaiban berlaku dengan tanpa tindakan?Kemana arah tuju, matlamat hidup, cita-cita yang diimpikan dari bangku sekolah rendah lagi?Ingatkah kita pada mantan perdana menteri berpesan?

“Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Wednesday, May 25, 2011

Semalam ke Hari Ini..!!

     Hye all, semalam selepas isyak perjalanan menuju ke Petronas Mc'D ampang jaya untuk ambil tempahan baju untuk our wedding 29th May 2011. Settle ambil baju ala-ala warna kuning diraja tuu, perjalanan terus ke Bangsar. Ada hal sikit jumpa kawan, hantar barang dia then lepas jumpa kawan dalam keadaan hujan renyai2 sikit tuu, sambung perjalanan ke subang USJ. Sampai di subang USJ, dah tak hujan pulak. It's ok la, janji dah selamat sampai, jumpa my lecturer di subang USJ...Berbual tak lama pun, dah habes beli barang terus menuju ke kereta untuk pergi ke rumah mak mertua.

     By today, i akan balik ke kampung halaman. Pesanan lecturer semalam, jangan balik lewat malam, nanti ngantuk susah nk drive..suggestion by my lecturer, minum air sunQuick + Gula sikit + Garam buluh..Opsss, boleh ke nk minum ni..?hehehe..Buat bekalan la kot..Kata lecturer kena dengar dan jangan melawan sebab nanti susah nk berjaya..heehhehehe..

     Ermmm...Balik kerja jam 5:30ptg hari ni, terus balik ke rumah mak mertua jap..Makan2 dulu, then terus balik kampung..Hope perjalanan selamat semuanya..Selamat pergi dan selamat pulang..yang mana duk sekampung halaman tu, jangan lupa datang our wedding yerr..29th may 2011 yerrrrr...See you at my home..tata titi tutu...opsss, kepada yang tak jumpa rumah saya, just call me at my number below ok....Bye2....

Tuesday, May 24, 2011

Tonight at Zaifi Zainal..!!

     Hye all, update sikit yer..malam ni ke cheras pula ambil baju untuk majlis bertandang. Lain dirancang, lain perginyerr..huhuhu..by the way, thanks to kak zai..Sesiapa nak book for wedding ke, make-up kerr, engagement kerr..sy syor kan kak zai laa..Cantik isteri saya masa kak zai make-up dulu..huhuhu...

This is Zaifi Zainal Blog :-

Blog dia page macam ni haa...
 

Sure dia make-up memang puas hati sangat2....hehehhe...

Ikan Goreng Menara Maybank..!!

     Salam, hye all..Hari ni kenyang perut makan nasi putih + ikan goreng..Sempoi habes tapi sedap sehingga menjilat jari..Kenyang memang kenyang sesangat..Sudah lama tak gi makan ikan goreng di Food Court Menara Maybank..Hari ni pergi jugak..Lepak punye lepak disana, sejam jugak laa...

     Sedap ikan goreng di sini bukan sebab ape, dia goreng panas-panas pastu memang simple..Ikan goreng oowhh ikan goreng..Ko memang sedap sebab peru tengah lapar kan..hehehe..By the way, cerita ikan goreng ni bukan itu yang ingin diutarakan tetapi cuba kita fikir sejenak, bagaimana orang jual ikan goreng tu hanya jual itu sahaja..

     1 - Dalam perniagaan, ilmu untuk berniaga mesti kena ada. Termasuk la meniaga ikan goreng dan nasi ni pun. Macam mana goreng ikan kasi sedap, ikan tak nampak pucat, ikan nampak sedap & macam mana nk tarik hati pelanggan.

     2 - Dalam perniagaan juga mesti kena ada base atau tempat yang kukuh di mana, penjual nasi dengan ikan goreng ni memilih tempat yang strategi. Ditengah-tengah antara bangunan-bangunan tinggi yang sememangnya ramai pekerja yang akan turun makan tengahari untuk makan.

     3 - Dalam perniagaan mesti ada menggunakan bahan masak yang paling elok. Tidaklah nanti pelanggan melihat sahaja.

     4 - Berniaga ni untuk ape?semestinya keuntungan betul. So, target untuk mencapai semua keuntungan mesti diambil kira dengan tepat.

     5 - Benefit setelah berjaya meniaga nasi + ikan goreng ni mesti hebat2. Pelanggan mesti datang lagi, itu target peniaga.

     "SETIAP PENIAGA MESTI MAHU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN TETAPI BERAPA RAMAI YANG BERJAYA DALAM PERNIAGAAN?KEJAYAAN MESTI DIKECAPI JIKA MEMPUNYAI ILMU YANG KUKUH DALAM PERNIAGAAN"

     Akademi Taipan sedia memberi ilmu secara percuma untuk setiap orang yang ingin berjaya dalam perniagaan mereka..!

Kejayaan Adalah Suatu Subjektif..?

     "Kejayaan" ada yang berpendapat bahawa kejayaan terhasil apabila apabila seseorang yang melakukan sesuatu dan menghasilkan suatu kepuasan didalam dirinya dengan apa yang telah dibuat. Kepuasan didalam dirinya adalah dapat menggembirakan hati orang disekelilingnya. Adakah itu adalah kejayaan?

     Kajian, 9/10 daripada manusia pernah melihat apa itu "key-board" dan diatas key-board terdapat "105" button(Standard Key-Board). Diantara button yang ada, terdapat satu button "ENTER" dimana enter itu penentu kejayaan atau kegagalan. Sebelum menekan button ENTER, semestinya kita telah menekan banyak button dan diantaranya Backspace(Pandang Belakang), Space(Melompat), Caps-Lock(Bangga Diri) dan lain2. Diatas key-board, kita tidak cukup melangkah lebih jauh & sebab itu, kita dibantu oleh "Mouse" dimana ianya boleh bawa kita kemana kita mahu melompat..Samada ke depan atau ke belakang? Tetapi Kesudahannya ENTER juga ditekan bagi menentukan samada ianya berjaya atau tidak berjaya. Betul kan?

     "Kejayaan" anda adalah ditentukan oleh diri anda sendiri dan bukanlah ianya datang kepada anda semata-mata. Bagaimana ianya datang? Pelbagai cara ianya datang samada daripada seseorang yang menceritakan, daripada gerak hati naluri diri anda & kejayaan juga tidak akan terhasil dalam keadaan anda hanya duduk merenung, memikir, goyang kaki atau sebagainya yang tiada usaha. Setiap kejayaan mempunyai kunci-kunci tersendiri. Sebagai contoh anda mempunyai 1000 anak kunci dan anda ingin membuka satu pintu yang terkunci. Satu usaha yang berterusan sehingga ke anak kunci 1000, anda pasti berjaya. Jika anda mengalah pada anak kunci ke 999 bererti anda tidak berusaha dan patah semangat. Kenapa seseorang yang berjaya akan menjerit sekuat hati? ianya adalah disebabkan usaha yang berlipat kali ganda berhasil dengan bergaya & berjaya..!

     "Kejayaan"? anda pernah melihat pemain bola selepas menjaringkan "GOAL"? Bagaimana ia melepaskan perasaan selepas berjaya menjaringkan goal? Kejayaannya juga diraikan bersama-sama rakan seperjuangan. Kenapa? "Tanpa Rakan Seperjuangan, Kejayaan Tidak Akan Berhasil". Bagaimana untuk berjaya?Berjaya bersama-sama rakan seperjuangan adalah lebih "Cemerlang, Gemilang & Terbilang". Bagaimana untuk berjaya bersama-sama rakan? Satu kerjasama untuk mencipta sesuatu adalah pengalaman lebih manis berbanding ciptaan sendiri. Apa yang penting "KERJASAMA"..!!!

     "Kejayaan" adalah "Kejayaan Milik Setiap Insan..!!" Anda berhak keatas kehebatan anda.
"Kejayaan" adalah terletak pada hati yang menginginkan perubahan ingin kejayaan didunia & di akhirat..!! Dan setiap kejayaan pastinya diiringi dengan "Doa Kejayaan". Akhir kata dari saya, tahniah kerana anda sudah berjaya membaca petikan saya ini. Saya adalah seorang yang inginkan kejayaan bersama-sama anda semua. Bersama-sama kita mengecapi kejayaan didunia dan diakhirat. 
TAHNIAH..!!

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...