Pengikut Setiaku, Thanks

Wednesday, December 29, 2010

Go..Go..Go..2010...Come 2011...

     Salam, Kita semua semakin ke penghujung 2010 dan akan datang dengan tahun baru 2011..Apa terjadi pada tahun 2010 anda?

     Pada tahun 2010, banyak perkara yang telah berlaku didalam hidup aku..Awal tahun 2010, ada manis ada pahit ada duka ada gembira. Apa yang manis?Apa yang pahit? Apa yang duka? Apa yang gembira?

     Manis - Perkara paling manis pada tahun 2010 adalah terutama sekali keluargaku menampakkan sungguh manis pengalaman pada tahun 2010..Kepada mama & abah, abang dapat rasakan tahun 2010 ini adalah saat manis dimana tiada kenagan yang selain manis semuanya..Manis juga apabila tahun 2010 aku dapat kenali seseorang yang sekarang bergelar sebagai tunangku. Manis juga tahun pertunanganku pada 2010..Manisnya 2010 bagiku..huhuhu..

     Pahit - Perkara pahit dalam hidupku pada 2010 ini adalah menjadi malas sangat-sangat..Kena marah dengan Boss ditempat kerja..Salah aku juga sebab datang lambat kerja..kekeke..Pahitnya lagi bertambah apabila kereta kesayanganku tercalar, sehingga kini aku tak repair..Adesss!!Macam mana nak maniskan ni..

     Duka - Duka pulak tak banyak selain masalah biasa2 yang datang..Tapi aku tidak lah terlalu berduka kerana setiap keputusan yang aku buat, aku akan maju sehingga tiada istilah duka dalam diriku..Hurmmm...Perkara duka ni, jarang aku ingat..Sebab malas nak fikir sangat..

     Gembira - Gembira memang terlalu banyak perkara yang menggembirakan aku terutama sekali pertunangan ku dengan gadis pilihan hati..Selain itu, aku gembira kerana aku inginkan sentiasa gembira..Aku suka lihat orang gembira..Orang yang tak gembira ni mesti ada masalah..Bagi aku, masalah tak kan selesai kalau asyik berduka...Pilihlah jalan terbaik untuk sentiasa gembira..

     Terbaik untuk tahun akan datang!!Chayokkk...Aku Yakin, Aku Boleh, Aku Pasti Berjaya..!!

Regards,

Madayzhe Infinity
+6013 3211670

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...