Pengikut Setiaku, Thanks

Monday, May 23, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat..!!

     Hari Jumaat Selepas Solat Jumaat, Rakyat malaysia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Batu 14, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
      Salam takziah kepada keluarga mangsa terlibat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa, semoga ianya dicucuri rahmat...Al-Fatihah...
     Sedih dan pilu menyelubungi perasaan, walaupun ianya tidak terjadi kepada keluarga sendiri tetapi ianya terjadi di Rumah Anak Yatim Dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

     Tujuh daripada 16 jenazah korban tanah runtuh di sembahyangkan di Masjid Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat & selainnya dituntut oleh keluarga masing-masing.

     Satu petikan Riwayat Ahmad;

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad"

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...