Pengikut Setiaku, Thanks

Tuesday, May 24, 2011

Tonight at Zaifi Zainal..!!

     Hye all, update sikit yer..malam ni ke cheras pula ambil baju untuk majlis bertandang. Lain dirancang, lain perginyerr..huhuhu..by the way, thanks to kak zai..Sesiapa nak book for wedding ke, make-up kerr, engagement kerr..sy syor kan kak zai laa..Cantik isteri saya masa kak zai make-up dulu..huhuhu...

This is Zaifi Zainal Blog :-

Blog dia page macam ni haa...
 

Sure dia make-up memang puas hati sangat2....hehehhe...

Ikan Goreng Menara Maybank..!!

     Salam, hye all..Hari ni kenyang perut makan nasi putih + ikan goreng..Sempoi habes tapi sedap sehingga menjilat jari..Kenyang memang kenyang sesangat..Sudah lama tak gi makan ikan goreng di Food Court Menara Maybank..Hari ni pergi jugak..Lepak punye lepak disana, sejam jugak laa...

     Sedap ikan goreng di sini bukan sebab ape, dia goreng panas-panas pastu memang simple..Ikan goreng oowhh ikan goreng..Ko memang sedap sebab peru tengah lapar kan..hehehe..By the way, cerita ikan goreng ni bukan itu yang ingin diutarakan tetapi cuba kita fikir sejenak, bagaimana orang jual ikan goreng tu hanya jual itu sahaja..

     1 - Dalam perniagaan, ilmu untuk berniaga mesti kena ada. Termasuk la meniaga ikan goreng dan nasi ni pun. Macam mana goreng ikan kasi sedap, ikan tak nampak pucat, ikan nampak sedap & macam mana nk tarik hati pelanggan.

     2 - Dalam perniagaan juga mesti kena ada base atau tempat yang kukuh di mana, penjual nasi dengan ikan goreng ni memilih tempat yang strategi. Ditengah-tengah antara bangunan-bangunan tinggi yang sememangnya ramai pekerja yang akan turun makan tengahari untuk makan.

     3 - Dalam perniagaan mesti ada menggunakan bahan masak yang paling elok. Tidaklah nanti pelanggan melihat sahaja.

     4 - Berniaga ni untuk ape?semestinya keuntungan betul. So, target untuk mencapai semua keuntungan mesti diambil kira dengan tepat.

     5 - Benefit setelah berjaya meniaga nasi + ikan goreng ni mesti hebat2. Pelanggan mesti datang lagi, itu target peniaga.

     "SETIAP PENIAGA MESTI MAHU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN TETAPI BERAPA RAMAI YANG BERJAYA DALAM PERNIAGAAN?KEJAYAAN MESTI DIKECAPI JIKA MEMPUNYAI ILMU YANG KUKUH DALAM PERNIAGAAN"

     Akademi Taipan sedia memberi ilmu secara percuma untuk setiap orang yang ingin berjaya dalam perniagaan mereka..!

Kejayaan Adalah Suatu Subjektif..?

     "Kejayaan" ada yang berpendapat bahawa kejayaan terhasil apabila apabila seseorang yang melakukan sesuatu dan menghasilkan suatu kepuasan didalam dirinya dengan apa yang telah dibuat. Kepuasan didalam dirinya adalah dapat menggembirakan hati orang disekelilingnya. Adakah itu adalah kejayaan?

     Kajian, 9/10 daripada manusia pernah melihat apa itu "key-board" dan diatas key-board terdapat "105" button(Standard Key-Board). Diantara button yang ada, terdapat satu button "ENTER" dimana enter itu penentu kejayaan atau kegagalan. Sebelum menekan button ENTER, semestinya kita telah menekan banyak button dan diantaranya Backspace(Pandang Belakang), Space(Melompat), Caps-Lock(Bangga Diri) dan lain2. Diatas key-board, kita tidak cukup melangkah lebih jauh & sebab itu, kita dibantu oleh "Mouse" dimana ianya boleh bawa kita kemana kita mahu melompat..Samada ke depan atau ke belakang? Tetapi Kesudahannya ENTER juga ditekan bagi menentukan samada ianya berjaya atau tidak berjaya. Betul kan?

     "Kejayaan" anda adalah ditentukan oleh diri anda sendiri dan bukanlah ianya datang kepada anda semata-mata. Bagaimana ianya datang? Pelbagai cara ianya datang samada daripada seseorang yang menceritakan, daripada gerak hati naluri diri anda & kejayaan juga tidak akan terhasil dalam keadaan anda hanya duduk merenung, memikir, goyang kaki atau sebagainya yang tiada usaha. Setiap kejayaan mempunyai kunci-kunci tersendiri. Sebagai contoh anda mempunyai 1000 anak kunci dan anda ingin membuka satu pintu yang terkunci. Satu usaha yang berterusan sehingga ke anak kunci 1000, anda pasti berjaya. Jika anda mengalah pada anak kunci ke 999 bererti anda tidak berusaha dan patah semangat. Kenapa seseorang yang berjaya akan menjerit sekuat hati? ianya adalah disebabkan usaha yang berlipat kali ganda berhasil dengan bergaya & berjaya..!

     "Kejayaan"? anda pernah melihat pemain bola selepas menjaringkan "GOAL"? Bagaimana ia melepaskan perasaan selepas berjaya menjaringkan goal? Kejayaannya juga diraikan bersama-sama rakan seperjuangan. Kenapa? "Tanpa Rakan Seperjuangan, Kejayaan Tidak Akan Berhasil". Bagaimana untuk berjaya?Berjaya bersama-sama rakan seperjuangan adalah lebih "Cemerlang, Gemilang & Terbilang". Bagaimana untuk berjaya bersama-sama rakan? Satu kerjasama untuk mencipta sesuatu adalah pengalaman lebih manis berbanding ciptaan sendiri. Apa yang penting "KERJASAMA"..!!!

     "Kejayaan" adalah "Kejayaan Milik Setiap Insan..!!" Anda berhak keatas kehebatan anda.
"Kejayaan" adalah terletak pada hati yang menginginkan perubahan ingin kejayaan didunia & di akhirat..!! Dan setiap kejayaan pastinya diiringi dengan "Doa Kejayaan". Akhir kata dari saya, tahniah kerana anda sudah berjaya membaca petikan saya ini. Saya adalah seorang yang inginkan kejayaan bersama-sama anda semua. Bersama-sama kita mengecapi kejayaan didunia dan diakhirat. 
TAHNIAH..!!

Bola Tampar vs Penampar..!!

     Hye all, eden baru balik main bola tampar ni haa...Ponat eden ni tak hilang lagi ni haa...Kenapo den cakap tajuk den bola tampar vs penampar?haaa, ekau bukan tau dah lamo eden tak main bola tampar ni haa...hari ni den baru nk turun main...Ponek tak usah kiro laa...

     Eden punyo service dah hancur, Eden punyo spike hancur, Eden punyo first ball langsung hampeh...Tapi eden punyo pengalaman masih adoo layiee...hahahaha...itu yang ponting..Tak kiro tuo ko, mudo ko...Pengalaman paling penting...main pakai otak...Bukan main pakai tenaga sangat...Baru tau siapo eden....kekekkekee

     Ok lah, eden ponek nak type panjang2 ni..Eden nak mandi jap...pastu rest badan laa...huhuhu...Esuk kerja daaa....To all yang dtg tadi, korang memang best laa....Kita main lagi nanti....adios amigosss babe....cau.....Assalamu'alaikum.....

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...