Pengikut Setiaku, Thanks

Tuesday, May 24, 2011

Kejayaan Adalah Suatu Subjektif..?

     "Kejayaan" ada yang berpendapat bahawa kejayaan terhasil apabila apabila seseorang yang melakukan sesuatu dan menghasilkan suatu kepuasan didalam dirinya dengan apa yang telah dibuat. Kepuasan didalam dirinya adalah dapat menggembirakan hati orang disekelilingnya. Adakah itu adalah kejayaan?

     Kajian, 9/10 daripada manusia pernah melihat apa itu "key-board" dan diatas key-board terdapat "105" button(Standard Key-Board). Diantara button yang ada, terdapat satu button "ENTER" dimana enter itu penentu kejayaan atau kegagalan. Sebelum menekan button ENTER, semestinya kita telah menekan banyak button dan diantaranya Backspace(Pandang Belakang), Space(Melompat), Caps-Lock(Bangga Diri) dan lain2. Diatas key-board, kita tidak cukup melangkah lebih jauh & sebab itu, kita dibantu oleh "Mouse" dimana ianya boleh bawa kita kemana kita mahu melompat..Samada ke depan atau ke belakang? Tetapi Kesudahannya ENTER juga ditekan bagi menentukan samada ianya berjaya atau tidak berjaya. Betul kan?

     "Kejayaan" anda adalah ditentukan oleh diri anda sendiri dan bukanlah ianya datang kepada anda semata-mata. Bagaimana ianya datang? Pelbagai cara ianya datang samada daripada seseorang yang menceritakan, daripada gerak hati naluri diri anda & kejayaan juga tidak akan terhasil dalam keadaan anda hanya duduk merenung, memikir, goyang kaki atau sebagainya yang tiada usaha. Setiap kejayaan mempunyai kunci-kunci tersendiri. Sebagai contoh anda mempunyai 1000 anak kunci dan anda ingin membuka satu pintu yang terkunci. Satu usaha yang berterusan sehingga ke anak kunci 1000, anda pasti berjaya. Jika anda mengalah pada anak kunci ke 999 bererti anda tidak berusaha dan patah semangat. Kenapa seseorang yang berjaya akan menjerit sekuat hati? ianya adalah disebabkan usaha yang berlipat kali ganda berhasil dengan bergaya & berjaya..!

     "Kejayaan"? anda pernah melihat pemain bola selepas menjaringkan "GOAL"? Bagaimana ia melepaskan perasaan selepas berjaya menjaringkan goal? Kejayaannya juga diraikan bersama-sama rakan seperjuangan. Kenapa? "Tanpa Rakan Seperjuangan, Kejayaan Tidak Akan Berhasil". Bagaimana untuk berjaya?Berjaya bersama-sama rakan seperjuangan adalah lebih "Cemerlang, Gemilang & Terbilang". Bagaimana untuk berjaya bersama-sama rakan? Satu kerjasama untuk mencipta sesuatu adalah pengalaman lebih manis berbanding ciptaan sendiri. Apa yang penting "KERJASAMA"..!!!

     "Kejayaan" adalah "Kejayaan Milik Setiap Insan..!!" Anda berhak keatas kehebatan anda.
"Kejayaan" adalah terletak pada hati yang menginginkan perubahan ingin kejayaan didunia & di akhirat..!! Dan setiap kejayaan pastinya diiringi dengan "Doa Kejayaan". Akhir kata dari saya, tahniah kerana anda sudah berjaya membaca petikan saya ini. Saya adalah seorang yang inginkan kejayaan bersama-sama anda semua. Bersama-sama kita mengecapi kejayaan didunia dan diakhirat. 
TAHNIAH..!!

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...