Pengikut Setiaku, Thanks

Wednesday, May 25, 2011

Semalam ke Hari Ini..!!

     Hye all, semalam selepas isyak perjalanan menuju ke Petronas Mc'D ampang jaya untuk ambil tempahan baju untuk our wedding 29th May 2011. Settle ambil baju ala-ala warna kuning diraja tuu, perjalanan terus ke Bangsar. Ada hal sikit jumpa kawan, hantar barang dia then lepas jumpa kawan dalam keadaan hujan renyai2 sikit tuu, sambung perjalanan ke subang USJ. Sampai di subang USJ, dah tak hujan pulak. It's ok la, janji dah selamat sampai, jumpa my lecturer di subang USJ...Berbual tak lama pun, dah habes beli barang terus menuju ke kereta untuk pergi ke rumah mak mertua.

     By today, i akan balik ke kampung halaman. Pesanan lecturer semalam, jangan balik lewat malam, nanti ngantuk susah nk drive..suggestion by my lecturer, minum air sunQuick + Gula sikit + Garam buluh..Opsss, boleh ke nk minum ni..?hehehe..Buat bekalan la kot..Kata lecturer kena dengar dan jangan melawan sebab nanti susah nk berjaya..heehhehehe..

     Ermmm...Balik kerja jam 5:30ptg hari ni, terus balik ke rumah mak mertua jap..Makan2 dulu, then terus balik kampung..Hope perjalanan selamat semuanya..Selamat pergi dan selamat pulang..yang mana duk sekampung halaman tu, jangan lupa datang our wedding yerr..29th may 2011 yerrrrr...See you at my home..tata titi tutu...opsss, kepada yang tak jumpa rumah saya, just call me at my number below ok....Bye2....

Tuesday, May 24, 2011

Tonight at Zaifi Zainal..!!

     Hye all, update sikit yer..malam ni ke cheras pula ambil baju untuk majlis bertandang. Lain dirancang, lain perginyerr..huhuhu..by the way, thanks to kak zai..Sesiapa nak book for wedding ke, make-up kerr, engagement kerr..sy syor kan kak zai laa..Cantik isteri saya masa kak zai make-up dulu..huhuhu...

This is Zaifi Zainal Blog :-

Blog dia page macam ni haa...
 

Sure dia make-up memang puas hati sangat2....hehehhe...

Ikan Goreng Menara Maybank..!!

     Salam, hye all..Hari ni kenyang perut makan nasi putih + ikan goreng..Sempoi habes tapi sedap sehingga menjilat jari..Kenyang memang kenyang sesangat..Sudah lama tak gi makan ikan goreng di Food Court Menara Maybank..Hari ni pergi jugak..Lepak punye lepak disana, sejam jugak laa...

     Sedap ikan goreng di sini bukan sebab ape, dia goreng panas-panas pastu memang simple..Ikan goreng oowhh ikan goreng..Ko memang sedap sebab peru tengah lapar kan..hehehe..By the way, cerita ikan goreng ni bukan itu yang ingin diutarakan tetapi cuba kita fikir sejenak, bagaimana orang jual ikan goreng tu hanya jual itu sahaja..

     1 - Dalam perniagaan, ilmu untuk berniaga mesti kena ada. Termasuk la meniaga ikan goreng dan nasi ni pun. Macam mana goreng ikan kasi sedap, ikan tak nampak pucat, ikan nampak sedap & macam mana nk tarik hati pelanggan.

     2 - Dalam perniagaan juga mesti kena ada base atau tempat yang kukuh di mana, penjual nasi dengan ikan goreng ni memilih tempat yang strategi. Ditengah-tengah antara bangunan-bangunan tinggi yang sememangnya ramai pekerja yang akan turun makan tengahari untuk makan.

     3 - Dalam perniagaan mesti ada menggunakan bahan masak yang paling elok. Tidaklah nanti pelanggan melihat sahaja.

     4 - Berniaga ni untuk ape?semestinya keuntungan betul. So, target untuk mencapai semua keuntungan mesti diambil kira dengan tepat.

     5 - Benefit setelah berjaya meniaga nasi + ikan goreng ni mesti hebat2. Pelanggan mesti datang lagi, itu target peniaga.

     "SETIAP PENIAGA MESTI MAHU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN TETAPI BERAPA RAMAI YANG BERJAYA DALAM PERNIAGAAN?KEJAYAAN MESTI DIKECAPI JIKA MEMPUNYAI ILMU YANG KUKUH DALAM PERNIAGAAN"

     Akademi Taipan sedia memberi ilmu secara percuma untuk setiap orang yang ingin berjaya dalam perniagaan mereka..!

Kejayaan Adalah Suatu Subjektif..?

     "Kejayaan" ada yang berpendapat bahawa kejayaan terhasil apabila apabila seseorang yang melakukan sesuatu dan menghasilkan suatu kepuasan didalam dirinya dengan apa yang telah dibuat. Kepuasan didalam dirinya adalah dapat menggembirakan hati orang disekelilingnya. Adakah itu adalah kejayaan?

     Kajian, 9/10 daripada manusia pernah melihat apa itu "key-board" dan diatas key-board terdapat "105" button(Standard Key-Board). Diantara button yang ada, terdapat satu button "ENTER" dimana enter itu penentu kejayaan atau kegagalan. Sebelum menekan button ENTER, semestinya kita telah menekan banyak button dan diantaranya Backspace(Pandang Belakang), Space(Melompat), Caps-Lock(Bangga Diri) dan lain2. Diatas key-board, kita tidak cukup melangkah lebih jauh & sebab itu, kita dibantu oleh "Mouse" dimana ianya boleh bawa kita kemana kita mahu melompat..Samada ke depan atau ke belakang? Tetapi Kesudahannya ENTER juga ditekan bagi menentukan samada ianya berjaya atau tidak berjaya. Betul kan?

     "Kejayaan" anda adalah ditentukan oleh diri anda sendiri dan bukanlah ianya datang kepada anda semata-mata. Bagaimana ianya datang? Pelbagai cara ianya datang samada daripada seseorang yang menceritakan, daripada gerak hati naluri diri anda & kejayaan juga tidak akan terhasil dalam keadaan anda hanya duduk merenung, memikir, goyang kaki atau sebagainya yang tiada usaha. Setiap kejayaan mempunyai kunci-kunci tersendiri. Sebagai contoh anda mempunyai 1000 anak kunci dan anda ingin membuka satu pintu yang terkunci. Satu usaha yang berterusan sehingga ke anak kunci 1000, anda pasti berjaya. Jika anda mengalah pada anak kunci ke 999 bererti anda tidak berusaha dan patah semangat. Kenapa seseorang yang berjaya akan menjerit sekuat hati? ianya adalah disebabkan usaha yang berlipat kali ganda berhasil dengan bergaya & berjaya..!

     "Kejayaan"? anda pernah melihat pemain bola selepas menjaringkan "GOAL"? Bagaimana ia melepaskan perasaan selepas berjaya menjaringkan goal? Kejayaannya juga diraikan bersama-sama rakan seperjuangan. Kenapa? "Tanpa Rakan Seperjuangan, Kejayaan Tidak Akan Berhasil". Bagaimana untuk berjaya?Berjaya bersama-sama rakan seperjuangan adalah lebih "Cemerlang, Gemilang & Terbilang". Bagaimana untuk berjaya bersama-sama rakan? Satu kerjasama untuk mencipta sesuatu adalah pengalaman lebih manis berbanding ciptaan sendiri. Apa yang penting "KERJASAMA"..!!!

     "Kejayaan" adalah "Kejayaan Milik Setiap Insan..!!" Anda berhak keatas kehebatan anda.
"Kejayaan" adalah terletak pada hati yang menginginkan perubahan ingin kejayaan didunia & di akhirat..!! Dan setiap kejayaan pastinya diiringi dengan "Doa Kejayaan". Akhir kata dari saya, tahniah kerana anda sudah berjaya membaca petikan saya ini. Saya adalah seorang yang inginkan kejayaan bersama-sama anda semua. Bersama-sama kita mengecapi kejayaan didunia dan diakhirat. 
TAHNIAH..!!

Bola Tampar vs Penampar..!!

     Hye all, eden baru balik main bola tampar ni haa...Ponat eden ni tak hilang lagi ni haa...Kenapo den cakap tajuk den bola tampar vs penampar?haaa, ekau bukan tau dah lamo eden tak main bola tampar ni haa...hari ni den baru nk turun main...Ponek tak usah kiro laa...

     Eden punyo service dah hancur, Eden punyo spike hancur, Eden punyo first ball langsung hampeh...Tapi eden punyo pengalaman masih adoo layiee...hahahaha...itu yang ponting..Tak kiro tuo ko, mudo ko...Pengalaman paling penting...main pakai otak...Bukan main pakai tenaga sangat...Baru tau siapo eden....kekekkekee

     Ok lah, eden ponek nak type panjang2 ni..Eden nak mandi jap...pastu rest badan laa...huhuhu...Esuk kerja daaa....To all yang dtg tadi, korang memang best laa....Kita main lagi nanti....adios amigosss babe....cau.....Assalamu'alaikum.....

Monday, May 23, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat..!!

     Hari Jumaat Selepas Solat Jumaat, Rakyat malaysia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Batu 14, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
      Salam takziah kepada keluarga mangsa terlibat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa, semoga ianya dicucuri rahmat...Al-Fatihah...
     Sedih dan pilu menyelubungi perasaan, walaupun ianya tidak terjadi kepada keluarga sendiri tetapi ianya terjadi di Rumah Anak Yatim Dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

     Tujuh daripada 16 jenazah korban tanah runtuh di sembahyangkan di Masjid Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat & selainnya dituntut oleh keluarga masing-masing.

     Satu petikan Riwayat Ahmad;

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad"

Friday, May 20, 2011

Korang tahu?

     Korang tahu i guna N97 jer tau amik gambar ni...Tapi i edit la pastu..hehehee...Ni suasana senja sewaktu balik ke rumah..Tengok macam cantik jer..So, snap la sekali terus naik ke rumah..baru nk upload..hehehe...Cantik takkk???huhuhu....
     Untuk tatapan semua ok...Gambar ni jugak adalah selepas i dan isteri pergi bershopping hari tu..balik rumah dah dekat senja..So bila jalan dengan HP ditangan, ini lah kerja i..uhuhuhuhu...Kenangan HP yang lama ni..Nanti karang pakai yang baru susah plak nk biasakan...So, amik dulu last2 ni...

Samsung Galaxy TAB & iPad 2 kerrr..?

     Ini samsung galaxy TAB...Tetttttttt.......Kebaboomm...!!!yang mana satu idaman kalbu?Kepada sesiapa kekawan, ada suggestion ker?
     Dan yang Ini iPad 2...Tetttttttt.......Kebaboomm...!!!yang mana satu pula pilihan anda?Kepada Owh kekawan yang baik hati lagi mulia...Ape perbezaan Samsung Galaxy TAB & iPad 2?
      Antara kedua-dua ini saya prefer Samsung Galaxy TAB sebab macam best..huhuhuhu...Alasan tak best pulak kan...so, saya nak sangat tahu daripada pendapat rakan2...Dan kalau ada yang mahu teman atau bagi pendapat, please inbox me ok...Wish me luck untuk memilih both of model?which one erkk....??

Super Baik Punye Bikers...!!

     Assalamu'alaikum, wahhh...!!Taipan kini dah ade group bikers laa..Best..Best..Best..Tak sabar pulak rasa nak dapatkan superBIKE?kekeke..



Yang mana satu jadi pilihan hati?Semuanya macam berdesup perginya ni...Hahahaha...Sabar....Sabar....Tak lama lagi akan kemunculan la B_ _ 181....Sekarang BL_ 1811 sudah berdesup pergi jauh2...Tunggu kemunculan adiknya la plak...ehehehe....

Kepada semua jom kita pakat ramai2 beli Super Bike besorr22...kekeke...

Go with Group Bikers Taipan...

019-2711806 (Mad)

Thursday, May 19, 2011

Bola Futsal Sudah Baru..!!

     Bola futsal sudah baru maa...Memang sedap ni..Memang best ni...Nike kena dengan kasut nike...Persoalannya, muka siapa akan makan bola ni dulu nanti?hahaha...Waiting for the next on Wednesday 25th May 2011...

     Sabar maday, sabar..25th may 2011 ni balik kampung untuk majlis bertandang...Settle dulu majlis baru boleh cerita selanjutnya ok..Nak sepak ke, Nak cium ke, Nak makan bola kerr, Nak timbang kerr...Ikut suka laa....Janji tendang dulu try ok...ahaksss.....

     Berapa harga bola ni?Office mate yang beli kan...hahaha...Kiteorg ada buat collection laa...Best ni...Kepada rakan2 office, next week aku tak leh main yerr...jumpa korang next two week insyaAllah...

Everyday Update..!!

     Assalamu'alaikum, for information to u olsss...saya akan update everyday blog sy..Dulu tak pemes la tentang blog ni..Maklumlah, kurang pandai kan..Bila digalakkan ber Blog ni..Kene rajin2 la plak..hehehe..Ape2 pun, ini semua utk uollss jugak..Before this, i tak suka sangat bila orang cakap internet ni boleh buat segalanya tapi bila kenyataan ini ternyata betul, i follow la...Masa tu starting i beli Thumb Drive u know..Harga masa cukup mahal RM80 for 128MB..Mahal kan..Tapi sekarang 4GB = RM30..Mmg boleh shopping sangat2..Sekarang Laptop i dah ade 2, Laptop isteri ada 1...Huhuhu..Tak tahu nak buat ape dah...Internet Owhhh Internet..Boleh gila i dibuatnya...Yela, everyday ngadap...hehehe...

      Tak dinafikan sejak i kenal dunia internet ni, mmg best hari2 mengadap sampai kekadang perkara utama dilambatkan..InsyaAllah skrg tidak lagi..

     Yang paling best macam mana i dapat kenalan daripada rakan internet ni mmg best..termasuk isteri tersayang pun sama..Kenal melalui internet jugak..Dan kamu semua jugak..Hehehe..Selamat berkenalan juga buat rakan baru saya melalui internet yerr...Sila2 la follow blog saya k..Saya ni seorang yang suka berkenalan disamping berkenalan boleh ramah mesra kan..jangan risau, saya ni seorang yang mudah mesra..Some people kadang susah nk mesra2 ni..Yela, bak kata orang lama2..."Berkawan Biar Seribu, Bercinta Biar Satu"..

     Sama jugak saya sekarang, berkenalan adalah satu hobi dah..Yela, sometime kita kan manusia biasa untuk berkenalan satu sama lain..Dalam masa yang sama boleh berkongsi ilmu..betul tak?Mana boleh sombong2 tau..The best you need to do adalah, berkongsi cerita dan pengalaman..Kan bestt...So, bagi mana2 yang ingin berkenalan dengan saya sila2 la add my FB k..hehehe...Kalau nk berkongsi cerita menarik pun boleh bersama saya just call my phone 019-2711806....

     Dalam masa yang sama, kalau nak tahu macam mana rahsia kejayaan pun boleh..Kita bukan nak hidup zon selesa tetapi kita nak hidup ke tahap lebih selesa sebenarnya...Just call ok...

Maday : 019-2711806
Salwa : 019-2611806

Bye bye semua..Thanks for your supporting...Assalamu'alaikum...

Kehidupan Penuh Kebahagiaan..!!

     Kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan..!Kenapa dan bagaimana bahagia untuk dicapai? Dunia yang serba canggih ini ada lagi orang cakap seperti tidak tahu ape2 sekarang..Didalam kehidupan seharian ada 4 perkataan untuk kita mengecapi kebahagiaan tidak kira rumah tangga mahupun kehidupan masih bujang/dara..

4 words it's say "NO":- ????

* CBEG *

==>> C for NO Complain
==>> B for NO Blame
==>> E for NO Excuse
==>> G for NO Gossip

     Nasihatlah untuk diri sendiri bahawa setiap hari "I Know I Can Be Better" Kerana setiap orang selalu berkata untuk anda "I Support You" dan anggapkan setiap kehidupan anda lalui sekarang adalah satu "Challenge"...

     So, bagaimana? Ingatlah CBEG..CBEG adalah pantang larang..Jangan anda langgar Pantang...Setiap kali anda langgar pantang, maka lambat la untuk berjaya...

     Didalam islam, setiap orang islam ada Al-Quran & As-Sunnah...Ianya adalah jalan petunjuk ke arah jalan yang benar;

1) Ketika kita membawa Al-Quran, Syaitan dalam keadaan biasa-biasa saja..
2) Ketika kita membuka Al-Quran, Syaitan sudah mulai curiga..
3) Ketika kita membaca Al-Quran, Syaitan resah dan gelisah..
4) Ketika kita memahami Al-Quran, Syaitan mula terkejang-kejang..
5) Ketika kita mengamalkan Al-Quran setiap hari, Syaitan "STROKE"..

     Jadi, teruskan mengamalkan membaca dan memahami Al-Quran supaya Syaitan terus Stroke..!!

Disini saya mempromosikan;

* Belajar Secara Percuma Di "Akademi Taipan"
* Belajar Secara Part-Time
* Scope Of Study "Business & Management"
* Scope Of Scorer "To be a Lecturer at Akademi Taipan"
* Scope Of Target "Will be successful in Business & Management"

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-
Berjaya Bersama Akademi : 019-2711806(Mad) & 019-2611806(Wa)

Minum Pagi..Lunch..Minum Petang..

     Assalamu'alaikum dan selamat pagi..Today sampai di office jam 8:25am(awal ok)..Tapi bila awal sampai office ni, adalah rasa ngantuk yang teramat sangat sebab tak cukup tido kan..huhuhu...Tapi sekejap je kot..Jap lagi ok laaa selepas pergi MINUM PAGI..!!

     See, MINUM PAGI?kenapa minum pagi sedangkan syarikat dah tetapkan staff tidak dibenarkan minum pagi diluar..Tapi bila dah terbiasa, memang kena pergi juga minum..Tiada yang boleh halang kecuali HR dtg sini..hehehehe...

     Selepas minum pagi, Jam 1:00pm dah keluar lagi nk pergi LUNCH..Minum pagi sejam..Lunch Sejam..dah 2 jam..Selepas lunch, ada plak waktu minum petang sejam..so, campur2 dpt la 3 jam...Waktu kerja sebenar dari jam 8:30pg - 5:30ptg. Maknanya ada 9 Jam..tolak dengan 3 jam mkn minum, tinggal 6 jam..

     Daripada 6 jam, update blog 1 jam, tinggal 5 jam...5 Jam pun tak digunakan untuk membuat kerja sepenuh masa...

     Itulah manusia zaman sekarang..Enjoy - Relax - Kerja janji siap..Betul ker??Hehehehe..Tapi tak pe, janji masyukkk...Sebenarnya mata tengah ngantuk ni...Tolak lagi sejam...kakakaka...K laa kekawan, assalamu'alaikum,........

Kasut Futsal vs Bola Futsal?

     Kenapa sering dikaitkan antara Kasut Futsal?Kenapa tak panggil kasut sarung kaki?Kasut Hitam?Kasut bercorak?Kasut..Kasut..Kasut..........Most of people sebenarnya suka called "Kasut" yang dipakai mengikut keadaan tempat kemana kasut tu akan pergi..Contoh Kasut Futsal dan kasut futsal akan digunakan untuk futsal sahaja..Atau kasut sekolah akan ke sekolah sahaja...Atau kasut berjalan(Shopping)................Hehehe..Tidak lah semua dikatakan kasut ini dipanggil mengikut tempat yang ingin ditujui..Disini sebenarnya ingin menceritakan tentang kasut futsal sahaja...

     Sebenarnya niat dihati inginkan kasut futsal yang baru sebab kasut lama dah macam uzur sket laa (^_^)v... Tetapi...............Isteri macam tak kasi main futsal la plak...huhuhu...Baru nk shopping...Kasut oooo Kasut.....
     Berlawan dengan bola futsal pulak...Semalam ade buat collection untuk beli bola baru...Aduhhh, harap aku boleh main minggu depan dengan bola baru...OOooooOOOoooHhh isteriku, benarkan abg bermain futsal for the next yerr...huhuhu...
     Kasut baru vs Bola baru, mesti best......Ohhh tidak..!!!Aku nak main futsal jugak next week...hehehehe...Yang penting kene shopping dulu laaa....kalau tak, tak merasa lah main futsal dengan yang baru2....huhuhuhu.........

     Kasut Futsal Baru vs Bola Futsal Baru...Mesti Power...hahahaha...AKU NAK SHOPPING...!!!!hehehe...Jom semua kita shopping.....

Wednesday, May 18, 2011

Futsal..!!

     Sudah lama agaknya tidak berfutsal selepas kahwin ni..hehehehe...hari ni dah mendapat kelepasan isteri tercinta untuk berfutsal..hehehe...terima kasih comel...

     Orang kata kalau dah lama tak berfutsal, pancit nanti...Tak pe kot, aku cuba main dulu...tengok berapa lama leh tahan..huhuhu...caiyok3x...test kaki hari ni...

     Sayang, abg balik hari ni lepas futsal dalam jam 930mlm ok...masak dulu sedap2, nanti balik i makan byk2...huhuhu...ok la, wish me good game for today...Assalamu'alaikum.......

FRM/CPM Bowl Tournament 2011

     BOWLING? Waaaaaaa.......Sebut pasal bowling, semalam baru tournament bowling dengan staff officeku..Penat..!!Tangan lenguh masih belum hilang..Tapi memang best sangat2...Dengar cerita hari ni, mahu diadakan pula "Family Day"..Macam best jugak...hehehe...So, for last day....Ade jugak dapat ambil gambar sebagai kenangan...Antara aksi menarik.......................



Tuesday, May 17, 2011

29 April 2011 vs 1 May 2011 [Wedding]

     Assalamu'alaikum, hari ni juga saya nk update yang mana kawan saya dah kahwin pada 29 April 2011. Kenapa dengan 29 April 2011 ni ade versus kepada 1 May 201?Sebab, tarikh saya kahwin adalah pada 1 May 2011..Jadi saya memang tak dapat datang kenduri kawan saya dan kawan saya jugak tak dapat datang kenduri saya..Fair N Square?

     What Ever pon, tahniah kepada kawan saya yang dah selamat semuanya dan semoga Allah merahmati pasangan dunia dan akhirat..Semoga bahagia hingga ke akhir hayat yaaa Nur & Ayu..Percintaan anda berdua hingga ke jinjang pelamin..Hehehehe..

     Ini satu gambar yang saya hadir ketika majlis bertandang di dewan berhampiran rumah pengantin lelaki..Untuk Kawan2 yang hadir, seronok la jumpa korang..Harap dapat jumpa lagi di lain hari insyaAllah..






To All my friend yang belom kahwin, cepat2 lah kahwin..Kahwin ni seronok tau..Bahagia jerr....Hehehehe... Assalamu'alaikum....

Hijau Bumiku, Hijau Lagi Rakan Officeku..!!

     Pada bulan 4 yang lalu, hari hijau sedunia telah diambil kira oleh syarikat supaya semua staff berpakaian hijau pada hari tersebut. Bila sebut pakai pakaian hijau, ramai la yang berpakaian hijau pada hari tersebut..Wohoooo...Hijau habes office hari tu..Contoh paling best, ni dia gaya kehijauan oleh rakan2 office..

     Hehehehe, sebenarnya tak semua pun memakai pakaian hijau, maklumlah takkan nak on the sport pergi beli baju hijau kan...dalam simpanan mungkin baju yang dah lama2..Tak muat kot..hihihi...Any way, mmg smart la hari tu..

     Tema pakaian hijau ni sebenarnya untuk mendapat hadiah dari syarikat yang mana ada contest sket la..Tapi tak dapat...huhuhu..Ape2 je la..dah tak semua hijau kan...Nak buwek macam mano...

     Anyway lagi, wish me n staff office luck for the next..InsyaAllah...Assalamu'alaikum.......... :)

Keseronokkan Untuk Bersukan Pada Pagi Ini

     Assalamu'alaikum semua, pagi ini saya ada sukan bowling di Berjaya Times Square. Tournament office diadakan setahun sekali ini adalah best dengan acara-acara tertentu. Anyway, wish me best luck for today.. Yang mana ada di berjaya times square tu, jumpa sana nanti yaa...

     Jom kita berbowling pada pagi ini di berjaya times square..Yok kiteee...kekeke...Sambil2 bowling atau lepas bowling boleh la gi shopping sket2, mana tahu dah alang2 kat sana, tercapai satu benda menarik kerr..hehehe...

     Ok lah, see yaa...Assalamu'alaikum...

     Maday : 019 2711806 ( Call yaa)

Merehatkan Diri Sebelum Tournament Bowling

     Assalamu'alaikum, Esuk 17th May 2011(Wesak's Day). My office buat satu pertandingan bowling sempena cuti wesak..Baru sekejap tadi aku balik beli hamper untuk sponsor cabutan bertuah esuk.. Jangan-jangan dicabut cabutan bertuah esuk, sekali aku dapat hamper balik daa..huhuhu...Never mind..

     Tajuk nak merehatkan diri tetapi sekarang masih didepan laptop update blog..Sekejap lagi baru rehatkan diri..Sekarang masa terakhir untuk periksa barang keperluan esuk..Nampak macam tak siap ape satu pun..huhuhu....Esuk pagi sempat kot insyaAllah..

     Ok lah, sampai disini sahaja update untuk malam ini..Esuk kembali menyinar dengan babak baru, gambar2 baru dan segala baru..Semangat juang bowling ni...hehehehe..ok kekawan, selamat malam & assalamu'alaikum...

Monday, May 16, 2011

Coret-coret gambar, terjumpa gambar bertunang

     Assalamu'alaikum, alhamdulillah setelah selesai menamatkan zaman bujang tiba-tiba terlihat pulak gambar semasa bertunang pada 11-12-2010 yang lalu...Teringat tentang isteri tercintaku, bercinta tak lama tapi alhamdulillah diijab kabulkan pada 1 may 2011 yang lepas...

     Orang kata yang melangsungkan perkahwinan bukan mudah. Orang kata nak diijab kabul kan bukan senang. Orang kata..Orang kata...Orang kata...Itu semua orang kata...Kalau diri sendiri kata semuanya senang, alhamdulillah semua boleh mudah..

     Yang penting dalam diri kena berfikiran positif selalu baru semua boleh jadi mudah..Jangan takut nak mengharungi lautan luas kerana ajal maut ditangan tuhan..Sama juga jangan takut nak melangsungkan perkahwinan kerana jodoh pertemuan ditangan tuhan..Yang penting, ianya boleh mengelakkan maksiat yang berleluasa..

     Pernah dengar tak orang cakap takutlah..!!Takutlah..!!Takutlah..!!Kenapa???Sebab orang yang penakut ini adalah orang yang sentiasa takut dengan keadaan sekeliling tetapi tidak takut dengan Allah S.W.T..Jadi kenapa sentiasa cakap takut kepasa keadaan sekeliling?Seharusnya cakaplah takut dengan Tuhan yang satu..

     Ada orang cakap takut nak kahwin sebab duit tak ada..Salah tu..!!Jika niat kita ikhlas untuk berkahwin bagi mengelakkan maksiat, insyaAllah ada jalan penyelesaian dariNya..Cuma usaha adalah daripada diri sendiri, insyaAllah bahagia dunia akhirat..

     Ingin berkahwin memang memerlukan duit yang banyak..!!Percayalah..Tetapi kenapa saya boleh berkahwin dengan hati senang?Percayalah rezeki adalah datangnya daripada Allah S.W.T..Cuma kita kena cari jalan penyelesaiannya..Alhamdulillah dengan berkat usaha saya dan isteri dibawah pimpinan Akademi Taipan 181..Akademi Taipan 181 memang sentiasa memberi jalan terbaik untuk kita sentiasa berada dilandasan yang betul..

     Ilmu yang ada haruslah disedekahkan..
     Kekayaan yang ada haruslah disedekahkan..
     Segala yang nikmat yang kita dapat didunia adalah sementara sahaja..

     Kejayaan pasti muncul jika kita mahukannya..Kalau hendak seribu daya, kalau tidak berkehendak, memang seribu dalih..Saya dan isteri sudi membantu jika ingin berjaya didalam Akademi Taipan 181..

     Madir : 019 2711806
     Salwa : 019 2611806

Seronok Hari Ini

     Kerjaku hari ini update blog yang dah lama tak update. hehehe..Seronok juga bila dah lama tak update ni..

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...