Pengikut Setiaku, Thanks

Wednesday, December 29, 2010

Go..Go..Go..2010...Come 2011...

     Salam, Kita semua semakin ke penghujung 2010 dan akan datang dengan tahun baru 2011..Apa terjadi pada tahun 2010 anda?

     Pada tahun 2010, banyak perkara yang telah berlaku didalam hidup aku..Awal tahun 2010, ada manis ada pahit ada duka ada gembira. Apa yang manis?Apa yang pahit? Apa yang duka? Apa yang gembira?

     Manis - Perkara paling manis pada tahun 2010 adalah terutama sekali keluargaku menampakkan sungguh manis pengalaman pada tahun 2010..Kepada mama & abah, abang dapat rasakan tahun 2010 ini adalah saat manis dimana tiada kenagan yang selain manis semuanya..Manis juga apabila tahun 2010 aku dapat kenali seseorang yang sekarang bergelar sebagai tunangku. Manis juga tahun pertunanganku pada 2010..Manisnya 2010 bagiku..huhuhu..

     Pahit - Perkara pahit dalam hidupku pada 2010 ini adalah menjadi malas sangat-sangat..Kena marah dengan Boss ditempat kerja..Salah aku juga sebab datang lambat kerja..kekeke..Pahitnya lagi bertambah apabila kereta kesayanganku tercalar, sehingga kini aku tak repair..Adesss!!Macam mana nak maniskan ni..

     Duka - Duka pulak tak banyak selain masalah biasa2 yang datang..Tapi aku tidak lah terlalu berduka kerana setiap keputusan yang aku buat, aku akan maju sehingga tiada istilah duka dalam diriku..Hurmmm...Perkara duka ni, jarang aku ingat..Sebab malas nak fikir sangat..

     Gembira - Gembira memang terlalu banyak perkara yang menggembirakan aku terutama sekali pertunangan ku dengan gadis pilihan hati..Selain itu, aku gembira kerana aku inginkan sentiasa gembira..Aku suka lihat orang gembira..Orang yang tak gembira ni mesti ada masalah..Bagi aku, masalah tak kan selesai kalau asyik berduka...Pilihlah jalan terbaik untuk sentiasa gembira..

     Terbaik untuk tahun akan datang!!Chayokkk...Aku Yakin, Aku Boleh, Aku Pasti Berjaya..!!

Regards,

Madayzhe Infinity
+6013 3211670

Wednesday, December 15, 2010

Kehidupan Dengan DSLR Anda Miliki!!!

  Salam kepada semua pembaca blog saya, setiap hari mesti saya akan melayari blog saya untuk menambah atau update apa sahaja yang terlintas di dalam pemikiran saya. Saya seorang jurufoto dimana, Kerja saya bergambar tak kira dimana tempat saya berada.

  Hari ini, disini saya publishkan BFA dimana Canon 500D ini la gear yang saya sayang dan sehingga kini menggunakannya. Sekarang sudaa murah maa..Sesapa sahaja boleh dapatkannya. Dengan duit la, kalau tiada duit maka tiada lah DSLR nya.

  Kenapa saya sayangkan 500D saya..?Salah satu sebab, almost picture yang saya upload di dalam gallery saya, semuanya hasil dari 500D saya la. Tidak dinafikan saya memang mempunyai gear lain.

  Dalam impian saya pula, saya sekarang sedang memerhatikan gear baru. Cukup canggih dan hebat. Orang cakap kalau da ade gear ini, kene jaga betul2 laa. Gear ape yang saya impikan tu?tunggu selepas saya telah mendapatkan nya ok. Tungguuuuuu...................Hehehehe...Sekian dari saya, Wassalam..

  Regards,

  Madayzhe Infinity
  +6013 3211670

Tuesday, December 14, 2010

Apple, iPhone, iPad, iPod, iTunes

  Semua kenyataan diatas adalah sama tempat je, tidak kira dimana dia berada sekali pun. Ramai yang boleh memilikinya sekarang & kalau orang yang pakainya adalah digelar zaman canggih, Ekonomi ketagih, Bukan penagih.

  Korang ingat senang ke nak dapat semua perkara diatas tu?Kalau tiada duit, jangan sembang la. Pastu kalau korang boleh pakai sekalipun, Kalau poket kering..Tak boleh pakai gak namanya. Wayang jer la...Huhuhuhu..

  Technology yang serba canggih sekarang direka khas dari Apple sendiri telah mencatat perubahan zaman technology serba canggih ini ke seluruh dunia dimana iPhone 4 telah dikeluarkan pada hari pertama mencatat penjualan yang cukup tinggi. malahan ada yang sanggup jual iPhone 3Gs untuk mendapatkan iPhone 4.

  Apple Owh Apple, Kini ramai pengguna telah menggunakan technology moden ini sebagai satu perubahan yang perlu dalam diri semua. Sungguh hebat Apple. Kita kena berhati-hati & beringat juga bahawa kehebatan semua technology adalah datangnya dari kekuasaan Allah S.W.T juga. Yang baik datang dariNya & yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Sekian Wassalam,
 
  Regards,

  Madayzhe Infinity
  +6013 3211670

Tidur Lewat Tanda Kita Akan Tertidur Di Office!!

  Salam, hari ni saya rasa amat mengantuk kerana semalam bola Manchester United VS Arsenal punya pasal. Sedar tak sedar dah jam 6 pagi, pukul 830 pg kena kerja pulak, kat office sekarang memang terasa kengantukan tu. Wahahahahaa..

  Bila terasa ngantuk ni, sekarang pun dah waktu lunch. So, tunggu kekawan yang nak keluar makan belum ade lagi. Layan jer la..

  Haa, aku dapat mesg terbaru dimana pasal pembiayaan peribadi. So, Hot sebab ramai orang sekarang berminat untuk buat loan tetapi buat loan jer la. Tahu tak dari mana duit loan yang kita buat tu datang? Sebenarnya, dari duit gaji kita la. Kita simpan gaji kat bank, pastu kita nk pinjam dengan pihak bank. Contoh pinjam RM100K kene bayar RM204K wooo....Kayoo la bank macam tu. Itu la kegiatan bank mengaut keuntungan keatas interest yang dikenakan. Rugi lah kita macam tu, Kita dah la simpan duit kat bank untuk bank berniaga besar. Pastu bank pulak amik keuntungan keatas kita bila kita buat loan. Adesss!!!Rugi................

  Sama-sama kita renung-renungkan dan selamat beramal. Fikirlah kerugian jika kita buat loan dengan bank kerana bank yang untung. Jikalau kita dapat settlekan cepat pembiayaan kita tak pe la...alhamdulillah..hehe.. Fikirlah untuk kebaikkan masa depan. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat. Sekian,

  Regards,

  Madayzhe Infinity
  +6013 3211670

Sunday, December 12, 2010

The Wedding Photographer's Planner

  Kepada bakal pengantin, hari ni saya publishkan wedding photographer planner for you all semua. Pada saya, wedding photographer planner ni senang untuk dicari tetapi sukar untuk dapat yang terbaik. Yela, fikir balik betul-betul, kebanyakan orang mahukan photographer wedding planner tetapi payment murah. So, bila murah ni bererti hasilnya adalah murah juga la. Hasil murah maksud saya, tidak mencapai tahap sebenar yang kita inginkan.

  So, sebelum apa keputusan dibuat..Fikirkan lah betul-betul supaya kita mendapat hasil yang begitu cantik & dapat dijadikan kenangan untuk kita buat selamanya. Ingat tau, harga murah bukan bererti gambar tak cantik tapi fikirkanlah kenapa orang letak harga tinggi?Yang sebenarnya hasil & mutu dari keluaran gambar itu sendiri. Kebanyakan orang sekarang sudah mempunyai DSLR tersendiri tetapi skill penggunaan masih kurang. So, faham ok. Sampai disini sahaja untuk hari ini, Sekian Wassalam.

  Regards,

  Madayzhe Infinity
  +6013 3211670

Saturday, December 11, 2010

Harry Potter 1-6

  Ini dia cerita terkini orang duk suka sangat cerita ni. Saya tahu sikit-sikit tentang cerita ini. Apa yang saya tahu, pelakon dia sudah kaya raya kerana cerita ini sahaja. Memang world la kalau orang luar negara buat movie ni. Tahukah anda, disebalik cerita ini adalah unsur2 tersembunyi dimana membuat manusia leka?

  Saya bukan sekadar meneka benda ini malahan apabila dikaji selidik, cerita yang menceritakan perkara yang manusia ingin tahu lebih lanjut akan membuat manusia leka dengan keadaan sekeliling. Keadaan sekeliling ok tetapi lupakan tentang perkara wajib yang harus kita lakukan. Jadi, sehebat manapun cerita yang direka oleh pengeluar, hebat lagi kita jika terus mengingatiNya.

  InsyaAllah dilain hari, saya akan berjumpa anda lagi di laman blog ini. Segala update terbaru akan dimasuk kan kedalam Facebook terlebih dahulu. Ok kawan2, selamat beramal & selamat beristirehat. Salam.

Nikon D300s CLS Flash

  Salam & very good day, kepada pengguna nikon. CLS bukan class tau, ia adalah singkatan kepada creative lighting system gitulah lebih kurang. Saya pun belom pernah mencuba bermain CLS ni. Ada sesetengah orang cakap best & ada orang cakap biasa aje. Mana satu ni??

  Tak kisah la mana satu pun, yang penting dalam dunia fotografi ni lain orang lain cara menikmati penghasilan gambar tersebut. Ada sesetengah orang suka bila sesuatu gambar itu dapat diexplore dan direka menjadikan sebuah cerita menarik seperti gembira, sedih, keseorangan, buntu dll. Kepentingannya adalah hasil yang menarik.

  Disebelah ini aku masukkan MLG atau Magic Lantern Guide D300s. Sesiapa yang nak upgrade gear tu, layari lah dulu & survey2 la yang terbaik ok. Saya bukan apa la, Sekali silap beli mesti rasa nak marah kan, bila nak jual mesti harga kurang. So, tak berbaloi. Apa yang penting adalah Think Positive, Survey, Try. Hehehe..

  Regards,

  Madayzhe Infinity
  +6013 3211670

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...