Pengikut Setiaku, Thanks

Wednesday, June 15, 2011

Bagaimana Kejayaan Bermula..?

     Hye all, assalamu'alaikum..Topik perbincangan pada pagi ini adalah, Bagaimana Kejayaan Bermula?Setelah mengkaji setiap sudut dan pendapat orang ramai mengatakan dengan tepat bahawa kejayaan bermula adalah dari "HATI". Naluri mengatakan bahawa "Aku Ingin Berjaya" dan dimajukan dengan langkah bergaya dengan tindakan, insyaAllah pasti berjaya.

     Seorang ustaz telah berbual lama dengan saya dan mengatakan, mengikut dari process pembelajarannya setiap hari. Setiap kejayaan bermula adalah dari disiplin dimana setiap hari bermula dengan laungan azan subuh setiap hari, insyaAllah itulah kejayaan..!

     Dimasukkan juga didalam cerita ustaz ini, solat dan doa adalah punca utama kejayaan kerana solat adalah tiang agama, doa adalah permintaan hakiki.

     Daripada seminar yang telah dihadiri, kejayaan bagi mereka yang ingin berjaya ada tiga kunci utama iaitu "Mesti Mempunyai Ilmu..!!", "Mesti Mempunyai Mentor..!!" & "Mesti Mempunyai Matlamat Yang Jelas..!!"..

     Prof. Hj. Hanim didalam slidenya mengatakan, bagaimana untuk berjaya?Memberi cabaran pada diri. Setiap kejayaan pasti dengan tindakan dan 3 perkara utama yang tidak putus-putus iaitu "USAHA..!!", "USAHA..!!" & "USAHA..!!"............

     Bak kata pepatah "Jadilah seperti katak yang tidak mendengar kata-kata". Go..Go..Go..Acedemy Taipan 181..
If i think i can, I CAN..!!

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...