Pengikut Setiaku, Thanks

Wednesday, June 22, 2011

Perniagaan Francais didalam Negara..!!

     Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera, menyebut tentang perniagaan francais didalam negara jelas menyatakan tentang perniagaan seperti Fast Food, Pasaraya-pasaraya besar dan sebagainya tetapi adakah kita semua tahu bahawa perniagaan ini mendapat pertumbuhan yang begitu cepat..?

     Tidak dinafikan bahawa pasaraya besar seperti Tesco, Carrefour, Jusco, Giant, Mydin, McD, KFC dan sewaktu dengannya berkembang dengan pesat..!Bermaksud, perniagaan yang berkonsepkan francais adalah perniagaan yang paling cepat berkembang dan menguntungkan..!!

     Mengikut kajian daripada Malaysian Franchise Association, perniagaan francais adalah perniagaan yang paling cepat berkembang di peringkat global. Di America Syarikat contohnya, pada tahun 1994, 35% jumlah runcit negara datang daripada outlet francais. Pada tahun itu juga, outlet francais di negara itu mencecah sehingga 550,000 dan nilai jualan tahunan mencecah sehingga US$800 Billion.

     Restoran McDonald's contohnya, menjalankan perniagaan secara francais adalah yang terbaik di malaysia kerana keuntungan lebih daripada 85%. John Naisbitt, pengarang Megatrends pula mengatakan sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang paling berjaya.

     Di Malaysia, Kerajaan telah mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan usahawan Golongan Menengah Bumiputera dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Datuk Steven Sim - Secret Recipe Owner
 Rahsia kejayaan pengasas Secret Recipe  

     MENAUNGI kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya - kesempatan bersembang dua jam dengan Steven cukup untuk menjawab perbandingan tersebut.

     Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, Steven mengimbas kenangan kira-kira 14 tahun lalu di mana dia dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi menggunakan konsep baru. ''Ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada fine dining di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan.

     Ditanya tentang nama Secret Recipe, Steven berkongsi cerita. Katanya, dia sememangnya seorang yang suka bekerja. Otaknya juga tidak berhenti bekerja walaupun ketika tidur. Lebih menarik lagi, di sisi katilnya mesti ada kertas dan pen. Tangannya akan menulis apa yang tercetus semasa tidur. Itu keistimewaan bapa kepada lima anak itu. Dia memberitahu nama Secret Recipe diperoleh semasa di Hong Kong. Seperti biasa bangkit daripada tidur dia membelek kertas kecil di meja sisi dan perkataan Secret Recipe tertera di situ.

     Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan rakan-rakan rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan Malaysia ke luar negara.

     ''Kita lihat masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam, China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa.

     ''Dari situ lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya.

Dipetik dari Malaysian Franchise Association 25 APRIL 2011 - UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...